top of page

Hati yang Hilang

  • Writer: marzyani mazlan
    marzyani mazlan
  • Mar 26, 2019
  • 1 min read


Hati ke Jantung ni? ;-)

Kata someone important yang I don't remember who and I didn't get his nama (yani oh yaniiiii...) tapi dari Kitab Zadul Ma'ad;


"Carilah (mintalah) hati pada 3 tempat / ketika;

1. Al-Quran - Hati yang hidup akan merasakan keindahan / nikmat pada alunan ayat-ayat Al-Quran

2. Majlis ilmu - Halaqah ilmu

3. Berdua-duaan dengan Allah (tahajjud, atau mana-mana masa bila bersendirian dengan Allah SWT)


Jika tidak jumpa hatimu di tempat-tempat ini, maka mintalah hati yang baru kerana hati yang kamu ada itu sudah mati.


Zikir (mengingati Allah) - untuk fokus / khusyu' - bacalah surah An-Nas, Allah berjanji bahawa iblis tidak akan berjaya memperdaya hamba-hambaNya yang ikhlas.



Surah An-Nas (Mankind)


1 - Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara (sekalian manusia)

2 - Yang menguasai sekalian manusia

3 - Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia

4 - Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam

5 - Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia

6 - (iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia



So... boleh amalkan sebelum mula solat dan sebelum memulakan apa jua kerja yang memerlukan konsentrasi - yang kita boleh niatkan sebagai ibadah.


Semoga bermanfaat.


Comments


© 2019 by MarzyaniMazlan. 

Join my mailing list

bottom of page