Usia Sekadar Nombor ke?
- marzyani mazlan

- Mar 26, 2019
- 4 min read
Hati adalah fitrah yang Allah beri pada kita
Ia juga fitnah apabila penuh dengan maksiat dan sifat-sifat mazmumah.
Perkaitan hati dengan redha Allah amat rapat.
Renungkan;
- Asal usul kita (ayah dan ibu)
- Permulaan kita (kegelapan alam rahim)
- Pengakhiran kita (kegelapan alam kubur)
"apabila mula usia tua, manusia akan mengalami kelemahan fungsi badan secara berperingkat-peringkat / bertahap, sepertimana keupayaan badan meningkat secara berperingkat / bertahap ketika usia menuju dewasa"
Surah Al-Hadid (The Iron), Ayat 19 -24
19 - Dan orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya, mereka itu orang-orang yang tulus hati (pecinta kebenaran) dan saksi-saksi di sisi Tuhan mereka. Mereka berhak mendapat pahala dan cahaya. Tetapi orang-orang yang kafir dan mendustakan ayat-ayat Kami, mereka itu penghuni-penghuni neraka.
20 - Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
Dunia sebagai fitnah - semoga kita dilindungi Allah dari fitnah dunia yang menggelapkan hati
* Surah Ad-Dhuha: Letakkan akhirat dahulu, dunia akan ikut. Mohonlah kekayaan untuk memperbaiki peluang di akhirat. Apabila kita letakkan akhirat dahulu, maka bermulalah redha Allah SWT.
Allah hinakan Firaun, Namrud dan Qarun dalam Al-Quran, dalam dunia yang sangat mereka agungkan. Firaun mati lemas di dalam laut, Namrud mati kerana nyamuk, dan Qarun mati ditelan bumi.
Kalimah
- 'la'ibu' = permainan
- 'lahwun' = hiburan yang melalaikan / kelalaian
- 'takaathu' = kemegahan / bermegah-megah
Dalam surah At-Takathur ayat 1 & 2;
"1- Bermegah-megah telah melalaikan kamu "
(kerana sibuk mencari harta - juga anak-anak dan lain-lain kemegahan demi untuk bermegah-megah)
2- Sehingga kamu masuk kubur
Anak - punca redha Allah (anak-anak soleh dan solehah, berakhlak mulia)
- juga fitna (ujian) dunia
Apabila mati anak adam, semua akan terputus kecuali;
1- Doa anak-anak soleh/solehah. Kalau tak ada anak? Sendirilah jadi anak soleh/solehah
2 - Sedekah jariah
3 - Ilmu yang dimanfaatkan
* infaq = monetary
sedekah = monetary / time / effort
Surah Al-Humazah Ayat 4
"Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam al-hutamah (api yang dinyalakan dengan perintahNya (6) yang naik menjulang ke hati (7)"
"Hutmah / hutama" = in arabic means tempat buangan
Kerugian manusia sebenarnya adalah masa dan usia
*Amalkan doa-doa ini sebelum beri salam pada tahiyyat akhir solat:
"Allahumma inna anuzubika min azabil Qabr, (ya Allah, kami mohon perlindunganMu dari azab kubur), Wanauzubika min fitna mahya wa mamaat (dan kami mohon perlindunganMu dari fitnah kehidupan dan kematian), wanauzubika min fitnahi dajjal (dan kami mohon perlindunganMu dari fitnah Dajjal)
Semua orang menuju masa tua;

Peringkat-peringkat ini, tiada manusia yang boleh tunda, atau tolak, atau lawan. Manusia itu sifatnya adalah sangat lemah.
Surah Al-Ghafir, Ayat 67;
"Dia lah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging; kemudian Ia mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian kamu (dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; kemudian kamu (dipanjangkan umur) hingga sampai menjadi tua. Dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan sebelum itu. (Allah melakukan kejadian yang demikian) supaya kamu sampai ke masa yang ditentukan (untuk menerima balasan); dan supaya kamu memahami (hikmat-hikmat kejadian itu dan kekuasaan Tuhan)"
*Ibn Khathir (sbb anak ramai) - seorang ulama tafsir dalam Kitab AlJameklil menyatakan Iman Qurtubi mentafsirkan 'tua' sebagai yang sudah mencapai umur 40 tahun, dan mula mengalami kegagalan fungsi-fungsi dalam badan.
Ibn Khathir menyatakan ada 2 keadaan yang akan menjadi lemah apabila tiba usia tua;
- kelemahan fizikal dan kelemahan fikiran
Ibn Qayyim menyatakan apabila mula usia tua, manusia akan mengalami kelemahan fungsi badan secara berperingkat-peringkat / bertahap, sepertimana keupayaan badan meningkat secara berperingkat / bertahap ketika usia menuju dewasa.
Surah Yaasin, ayat 68;
" Dan (hendaklah diingat bahawa) sesiapa yang Kami panjangkan umurnya, Kami balikkan kembali kejadiannya (kepada keadaan serba lemah; hakikat ini memang jelas) maka mengapa mereka tidak mahu memikirkannya?"
Hadis nabi SAW riwayat At-Tirmizdi:
"Sebaik-baik orang adalah yang panjang umur dan beramal banyak"
Semoga Allah melindungi kita dari menjadi / termasuk dalam golongan yang Allah tidak pandang, tidak ampun dosa, dan masukkan pula dalam neraka. Mereka ini adalah;
1- Orang tua yang berzina - dosa-dosa hati, mati hatinya, dosa-dosa mulut, mata.
2. Penguasa yang berdusta / salah guna
3. Orang miskin yang sombong dan tidak memohon bantuan / menjaga hubungan dengan Allah
Apabila tiba umur 40, mulalah beramal dengan perkara-perkara berikut;
+ Semak amalan-amalan wajib; solat puasa sedekah dll, mengaji, menghadiri majlis-majlis ilmu
+ Hindari hal-hal yang Allah haramkan
+ Taubat dan tambah amalan-amalan sunat
+ Perbanyakkan zikir, istighfar (taubat)
+ Sedekah, infaq
+ Banyakkan amalan ringan tetapi pahala besar (selawat, zikir, baca pagi dan petang)
+ cari ilmu, majlis-majlis ilmu
+ Baca Quran & Tadabbur- tingkatkan dan jaga iman
+ Berpesan pada anak-anak: jaga solat, jadi anak soleh dan solehah
+ Banyakkan niat untuk beramal soleh, doa yang baik-baik
+ Ingatkan hati bahawa kita hamba Allah. Zikir Lailahaillallah selalu (cara pelihara dan perbaharui iman)
Surah Al-Asr: Semua orang adalah dalam kerugian (masa + usia) kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang berpesan-pesan pada kebenaran dan kesabaran.
21 - Berlumba-lumbalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya. Itulah kurnia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.
22 - Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
23 - (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
24 - Orang-orang yang bakhil dan menyuruh manusia supaya berlaku bakhil, (akan mendapat balasan yang menghina); dan sesiapa yang berpaling (dari mematuhi hukum Allah maka padahnya tertimpa atas dirinya sendiri), kerana sesungguhnya Allah, Dia lah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.



Comments