top of page

Kursi Itu Apa?

  • Writer: marzyani mazlan
    marzyani mazlan
  • Mar 23, 2019
  • 8 min read

Perumpamaan Perbandingan Antara Kursi dan Seluas-Luas Langit Bumi ini adalah seperti Sebuah Padang Pasir dan Setitis Air Hujan, di mana Kursi itu adalah Padang Pasir


Khat - Ayatul Kursi

Terjemahan ayat Kursi (Al-Baqarah Ayat 255)


  1. "Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).

  2. Yang tidak mengantuk usahkan tidur.

  3. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.

  4. Siapakah yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.

  5. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka,

  6. sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).

  7. Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi;

  8. dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.

  9. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)"


'Hama' misalnya bermakna perasaan cinta yang membuatkan pemilik perasaan itu mabuk sehingga merayau-rayau tanpa arah (aimlessly wandering) manakala 'walah' adalah perasaan cinta yang amat mendalam sehingga pemiliknya tidak memerlukan apa-apa yang lain lagi untuk hidup; cukup dengan rasa cinta itu sahaja.

Nota;

  • Kalimah 'wasiah' yang terlebih dahulu wujud sebelum 'kursi' dalam ayat ini boleh membawa maksud 'pegangan'

  • Kalimah 'Kursi' dalam bahasa Arab boleh membawa maksud dasar, suatu asas kepada sesuatu, suatu asas di mana sesuatu itu dibina di atasnya.

  • Kalimah 'arsy' = arasy yang sering dikaitkan dengan 'kursi' membawa maksud yang berbeza, di mana arasy itu perbandingannya dengan kursi adalah seperti sebuah padang pasir dengan setitis air hujan, dan padang pasir itu adalah arasy.


Ayat Kursi terdiri dari 9 pecahan ayat, bermula dengan perkataan 'Allah' yang mana menurut ustaz Nouman, struktur kesemua 9 ayat ini sebenarnya bermaksud Allah adalah 'subjek' bagi kesemua ayat-ayat ini. Bermakna, jika diletakkan perkataan 'Allah' itu di setiap pangkal pecahan ayat itu, ia tidak akan mengubah maksud ayatnya, sebaliknya menjelaskan lagi maksud semua ayat-ayat itu.


Tafsiran Pecahan Ayat 1

'Ilah' dalam pecahan ayat pertama adalah satu perkataan yang berat pengertiannya. Secara ringkas boleh ditafsirkan sebagai

- 'yang berhak disembah', atau 'sesuatu yang dipuja',

- Sesuatu yang mampu memberikan kepuasan dan ketenangan

- Sesuatu yang amat penting dan mendesak untuk didampingi

- Sesuatu yang amat hebat


dan perkataan 'walah' yang dibentuk dari perkataan 'ilah' digunakan di dalam bahasa Arab sebagai menunjukkan atau ekspresi perasaan cinta yang amat mendalam.


Dalam bahasa Arab sebenarnya terdapat 14 darjah / tahap kecintaan yang diwakilkan dengan variasi perkataan. 'Hama' misalnya bermakna perasaan cinta yang membuatkan pemilik perasaan itu mabuk sehingga merayau-rayau tanpa arah (aimlessly wandering) manakala 'walah' adalah perasaan cinta yang amat mendalam sehingga pemiliknya tidak memerlukan apa-apa yang lain lagi untuk hidup; cukup dengan rasa cinta itu sahaja.


Bermakna Allah itu satu-satunya yang seharusnya kita sembah dan puja dengan penuh rasa cinta yang amat mendalam. Demikian lah sebenarnya perasaan fitrah kita terhadapNya.


Nama-nama Allah yang lain disebutkan dalam ayat pertama iaitu 'Hayy' dan 'Qayyum', di mana

- 'Hayy' bermaksud 'hidup'

- 'Qayyum' bermaksud 'yang memelihara' dan 'yang menjaga'


Kalimah 'Al' di panggal 'Hayy' dan 'Qayyum' menunjukkan kesempurnaan sfat pada nama itu -

Contoh; Al-Hayy bermaksud 'hidup' dengan sebaik-baik sifat 'hidup' di mana walaupun ada sesuatu yang lain yang juga 'hidup' ia tidak lah sebaik Allah yang 'Al Hayy' (yang Maha Hidup) dan tidak ada sesuatu yang 'menjaga' atau 'memelihara' sebaik Allah yang 'Al-Qayyum' (yang Maha Memelihara dan Maha Menjaga). Allah bukan sahaja 'hidup' dengan sebaik-baik sifat hidup, bahkan Dia menjaga, mengambilberat, memelihara kita semua dengan sebaik-baik peliharaan dan penjagaan, walau sebelum kita sempat memohon kepadaNya untuk berbuat demikian.


Kalimah 'Qayyum' - bermakna 'memantau' ,

'Qaaim' - bermakna berdiri (seperti seorang pengawal yang berdiri dalam pengawasan, dengan cermat dan tekun dan tetap tanpa henti)



Tafsiran Pecahan Ayat 2


'Sina' - satu keadaan dimana seseorang itu terlalu letih, sehingga dia berasa khayal. Satu keadaan di antara seseorang itu tertidur/terlena dan jaga.

'Noum' - tidur


Allah tidak akan penat, atau sedikitpun dari keadaan itu. Allah tidak tidur. Sifat-sifat ini sebenarnya memperkukuhkan lagi sifat-sifat 'Al-Hayy' dan 'Al-Qayyum' itu, di mana Allah hidup dalam keadaan sebaik-baik hidup apabila tidak akan penat dan tidak tidur. Dan bukankah sebaik-baik penjagaan dan peliharaan buat sesuatu itu adalah apabila yang menjaga dan memelihara itu melakukan penjagaan dan peliharaan dalam keadaan ia tidak letih dan tidak tidur?



Tafsiran Pecahan Ayat 3


Hanya Allah yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi.



Nota:

> Al-Quran menarik kita rapat pada Allah (dengan menjelaskan fitrahnya hanya Allah yang kita harus cinta dengan sedalam-dalam rasa cinta) dan pada masa yang sama Al-Quran meletakkan kita jauh lebih hina dari Allah yang Maha Agung, yang memiliki segalanya di langit dan di bumi. Dalam pada kita amat rapat pada Allah, kita harus memelihara dan mengekalkan perasaan kerdil dan kehinaan padaNya.


> Allah memelihara kita dalam masa kita terlupa tentang diri kita sendiri - Dia memelihara setiap helaan nafas dan degupan jantung kita. Kita sebenarnya dalam keadaan 'life-support' di mana Dialah 'life-support' itu, kerana kita sebenarnya dijadikan dalam keadaan mati. Keadaan 'default' kita sebenarnya adalah tidak bernafas, jantung tidak berdegup dll.


> Allah adalah 'Al-Qayyum'- yang memelihara setiap sudut kehidupan kita dan semua yang dijadikanNya di langit dan di bumi. Fikirkan akan perbezaan di antara cara kita menjaga sesuatu yang kita sendiri mulakan, yang kita sendiri bina, reka, lahirkan (anak-anak kita) dan sesuatu yang kita miliki daripada cara seseorang menjaga sesuatu yang bukan miliknya. Ada bezanya dan tentulah penjagaan sesuatu yang kita bina dan cipta itu lebih baik dan lebih teliti. Dan dalam ayat ini, Allah menunjukkan bahawa Dia menjaga dan memelihara kita dengan cara itu, iaitu cara yang jauh lebih baik dan lebih sempurna. Allah memelihara setiap perkara yang dijadikanNya, dan ini menunjukkan betapa hebatnya Dia.


> Lihat pula betapa kecilnya bumi ini dibandingkan dengan segala ciptaanNya yang lain di seluruh alam semesta - galaksi, matahari, segala bintang dan planet-planet. Walaupun bumi dan kita di bumi ini jauh lebih kerdil dibandingkan dengan ciptaanNya yang lain di alam semesta ini, Allah masih 'memandang' pada kita, menurunkan pesanan dan kalimah-kalimahNya dalam Al-Quran untuk kita, dan menggunakan 'bumi' dalam ayat ini supaya kita boleh menghubungkan diri denganNya dan Dia dengan kita. Allah 'menghampiri' kita dalam keadaan yang amat banyak jika di bandingkan dengan kedudukanNya yang Maha Tinggi. Ini menunjukkan lagi bahawa Allah benar-benar menjaga dan memelihara kita



Tafsiran Pecahan Ayat 4


Ayat ini adalah berkenaan dengan kehidupan selepas mati - di mana pada masa itu, semua ciptaanNya akan menyedari dan mengakui bahawa Allah adalah 'Ilah', yang mencipta kehidupan dan kematian, dan semua akan mengetahui bahawa satu-satunya yang pernah sebenar-benarnya 'hidup' adalah Allah, dan Dia telah memelihara dan menjaga setiap dari kita.


Dalam kehidupan itu, semua perkara-perkara ghaib yang tidak dapat kita lihat dan fahami akan jelas pada kita, kesemua rahmat dan kasihan yang Allah beri, tanpa perlu kita berfikir tentangnya.


Pada masa itu, hanya seorang yang Allah telah izinkan yang akan dapat membela kita. Ini adalah konsep kalimah 'syafaah / syafaat' yang dinyatakan dalam pecahan ayat ini. Maka syafaat membawa maksud perisai / pertahanan / perlindungan / persangkutan atau perhubungan untuk perlindungan.


> Renungkan konsep Kristian menggunakan Jesus sebagai 'saviour' atau 'penyelamat' bagi kesemua dosa-dosa mereka. (Mereka dibenarkan membuat dosa kerana Jesus telah mengorbankan dirinya, dan mereka boleh dibebaskan dari dosa dengan hanya membuat pengakuan pada paderi)


Apabila Allah berkata 'Mannzal lazi' yang bermaksud 'siapa yang dapat?' - Ayat ini menunjukkan 'authority' atau 'kuasa'. So.. Siapakah yang diberikan keizinan Allah untuk memberi syafaat itu?

= Nabi Muhammad SAW akan dijadikan pemimpin / ketua pada hari perhitungan.


"Pergilah Wahai Muhammad, carilah semua umatmu dari 'tempat itu', mereka yang pernah menyebut kalimah syahadah 'La Ilaha Illallah, wa Muhammad Rasulullah', dan bawalah mereka ke dalam syurga". Dan dikatakan bahawa 'tempat itu, bukan lagi padang lapang di mana manusia berada semasa perhitungan dilakukan.



Hadis berkenaan kejadian yang akan berlaku pada hari Kebangkitan:

- Pada hari perhitungan itu, dalam keadaan kacaubilau dan huruhara, bilamana semua manusia memikirkan diri sendiri dan mencari jalan menyelamatkan diri azab Allah yang lebih dahsyat, manusia akan meminta pada Nabi Adam AS untuk dia menjadi pembela. Namun Nabi Adam menolak, kerana menurutnya dia telah mengingkari perintah Allah dengan menghampiri pohon yang dilarang di syurga. Dia berkata 'nafsi, nafsi' dan menyuruh kumpulan manusia meminta pertolongan Nabi Allah Nuh.


- Maka manusia mencari dalam lautan manusia dan keterikan matahari Nabi Nuh, dan meminta dia menjadi pembela. Setelah bertemu, Nabi Nuh menolak, dia ketakutan kerana dia telah pernah berdoa memohon kebinasaan kepada kaumnya. Kaumnya adalah kaum yang paling jahat yang telah Allah sebutkan di dalam AlQuran, dan Nabi Nuh telah berdakwah selama 900 tahun untuk mereka. Nabi Nuh telah diuji dengan pelbagai karenah kaumnya, dan dia bertahan dan hanya sekali dia berdoa memohon Allah menimpakan mereka dengan azab Allah. Walaupun demikian, Nabi Nuh berasa tidak layak lalu menyuruh kumpulan manusia ini meminta bantuan dari Nabi Ibrahim.


- Maka kumpulan manusia itu pun semula kembali dalam keadaan huruhara dan kepanasan matahari yang semakin hampir dan mencari nabi Ibrahim, dan setelah menemuinya meminta dia menjadi pembela untuk meminta kasihan dari Allah. Namun nabi Ibrahim menolak kerana dosanya menyatakan tipudaya kepada kaumnya ketika dia berpura-pura tidak tahu siapakah yang telah memusnahkan berhala-berhala di sekitar kawasannya. Jadi nabi Ibrahim berkata; pergilah mencari nabi Isa.


- Sekali lagi manusia kembali ke lautan manusia dan keadaan kepanasan yang semakin dahsyat, (kerana matahari kini semakin hampir dengan bumi) untuk mencari Nabi Musa dan memintanya menjadi pembela nasib sekalian umat manusia. Namun Nabi Musa dihantuai dosanya, di mana dia telah pernah membunuh seorang manusia semasa hayatnya. Lalu dicadangkan pula Nabi Isa sebagai penyelamat, maka kumpulan manusia sekali lagi terpaksa mnegharungi lautan manusia yang sungguh ramai, mencari nabi Isa sebagai memenuhi harapan untuk pembelaan.


- Nabi Isa tidak menyebut akan dosa yang pernah dia lakukan, namun dia amat risaukan jangkaan kaumnya yang mengatakan dia adalah anak Tuhan, dan dia tidak mahu langsung berbuat apa-apa kerana pembelaan darinya mungkin menyebelahi pernyataan itu dan oleh kerana itu, dia enggan berbuat apa-apa kerana bimbang akan kemurkaan Allah pada kaumnya dan kegagalannya.Lalu dia menyuruh kumpulan manusia itu pergi berjumpa dengan baginda Nabi Muhammad SAW.


- Setelah menemui Baginda, Rasulullah berkata

"Ya. Aku diberi keizinanNya untuk membuat pembelaan pada hari ini. Dan aku akan pergi mengadap Tuhanku di hadapan arasyNya, dan aku akan bersujud padaNya, sambil mengucapkan tasbih yang tidak pernah lagi aku ucapkan untukNya, seperti yang akan Dia ilhamkan padaku"


- Maka Nabi SAW melakukan yang sedemikian, lalu Allah berkata padanya;

"Angkat kepalamu wahai Muhammad dan mintalah padaKu, akan Aku dengar dan akan Aku perkenankan permintaanmu". Lalu Nabi Muhammada SAW berkata

"Umatku, umatku, umatku",


- Lalu Allah berkata

"Pergilah Wahai Muhammad, carilah semua umatmu yang di hati mereka mempunyai iman walau separuh dari helaian rambut, dan bawalah mereka ke dalam syurga"


- Selesai urusan yang pertama itu, kembali Nabi Muhammad SAW di hadapan Allah lalu sekali lagi dia bersujud dan bertasbih dengan tasbih yang diilhamkan oleh Allah untukNya pada masa itu. Allah berkata padanya;

"Angkat kepalamu wahai Muhammad dan mintalah padaKu, akan Aku dengar dan akan Aku perkenankan permintaanmu". Lalu Nabi Muhammad SAW berkata

"Umatku, umatku, umatku"


- Lalu Allah berkata

"Pergilah Wahai Muhammad, carilah semua umatmu yang di hati mereka mempunyai iman walau separuh dari cebisan biji benih yang paling halus, dan bawalah mereka ke dalam syurga"


- Selesai urusan yang kedua itu, kembali Nabi Muhammad SAW di hadapan Allah lalu sekali lagi dia bersujud dan bertasbih dengan tasbih yang diilhamkan oleh Allah untukNya pada masa itu. Allah berkata padanya;

"Angkat kepalamu wahai Muhammad dan mintalah padaKu, akan Aku dengar dan akan Aku perkenankan permintaanmu". Lalu Nabi Muhammad SAW berkata

"Umatku, umatku, umatku"


- Lalu Allah berkata "Pergilah Wahai Muhammad, carilah semua umatmu yang di hati mereka mempunyai iman walau separuh sebesar zarah, dan bawalah mereka ke dalam syurga"


- Selesai urusan yang ketiga itu, kembali Nabi Muhammad SAW di hadapan Allah lalu sekali lagi dia bersujud dan bertasbih dengan tasbih yang diilhamkan oleh Allah untukNya pada masa itu. Allah berkata padanya;

"Angkat kepalamu wahai Muhammad dan mintalah padaKu, akan Aku dengar dan akan Aku perkenankan permintaanmu". Lalu Nabi Muhammad SAW berkata

"Umatku, umatku, umatku"


- Lalu Allah berkata

"Pergilah Wahai Muhammad, carilah semua umatmu dari 'tempat itu', mereka yang pernah menyebut kalimah syahadah 'La Ilaha Illallah, wa Muhammad Rasulullah', dan bawalah mereka ke dalam syurga". Dan dikatakan bahawa 'tempat itu, bukan lagi padang lapang di mana manusia berada semasa perhitungan dilakukan.



Demikianlah keizinan untuk syafaat yang akan diberikan oleh Allah kepada hanya kekasihNya Nabi Muhammad SAW, dan dikatakan juga bahawa syafaat yang diberi bukan hanya untuk menyelamatkan umatnya untuk ke syurga, tetapi juga adalah untuk menolak mereka dari memasuki syurga; iaitu mereka yang beramal dengan AlQuran tetapi menyebabkan orang lain berpaling dari Alquran (beramal dengan cara yang salah dan menimbulkan kebencian terhadap Alquran dan mereka yang beriman kepadanya)



Tafsiran Pecahan Ayat 5 dan seterusnya akan bersambung.....




Comments


© 2019 by MarzyaniMazlan. 

Join my mailing list

bottom of page